Kembali.
Jatuh.
Kabur,
pudar. Aku pernah buta.
Sepertinya
aku terlupa, pusingan roda dunia.
Aku
tersadung, batu yang dituduh celaka.
Aku terluka,
jalan yang dituduh palat.
Aku
terjatuh, lubang yang dituduh bangsat.
Luka.
Ada parut,
seolah aku sangat terluka.
Kononnya
menunding, dikata salah semua.
Indah dunia
seketika, aku perhatikan.
Aku alpa.
Tentang
hukum karma, balasan dosa.
Aku lupa.
Patah.
Seiring satu
langkah, aku mengumpul nafas.
Aku
menghela.
Sesak dan
lemas berasak dalam dada.
Kekuatan
mereput, aku tertunduk.
Waktu ini
hanya aku.
Cuma aku.
Sakit.
Seketul
darah yang namanya Hati, bagai dicarik rakus.
Diam. Aku
diam.
Membatukan
diri.
Setitis.
Setitis. Setitis.
Aku kesat
pipi, lantai tetap basah.
Memeluk
tubuh sendiri, paksa memujuk.
Tuhan.
Maafkan aku.
Kerana aku
terleka menari atas jalan hitam.
Aku semakin
jauh, pimpinlah aku kembali.
Aku
merindui-Mu.
Bawalah aku
pulang.
-arieyy awai
2013-