Tahun Baru , Azam Baru

Assalamualaikum .

2014 dah berlalu . 2015 ni apa pula yang aku nak buat ?

Nak cerita pasal 2014 , banyak yang aku belajar . Banyak sangat . Betapa aku memendam rasa hati patah , jiwa kacau . Tak mudah untuk aku lalui . Bagaimana rasa hati ditikam . Bagaimana rasa jantung disentap . Kalau dicerita satu per satu , boleh lengkap satu naskhah novel 536 m/s .

Kawan .
Banyak juga yang aku belajar tentang kawan . I learned not to trust them . Sebab ....
...mereka bukan kawan .

Ada mulut yang berkata 'Aku kisah tentang kau' . Jangan percaya .
Ada mulut yang berkata 'Aku rindu akan kau' . Jangan peduli .
Ada mulut yang berkata 'Aku sayang kau sahabat' . Jangan perasan .

Ada juga wujud kenangan manis dengan manusia manusia se per empatnya . Manis , sehinggakan manis itu ingin membunuh deria rasa aku .
Jadi , aku tutup cerita tentang kawan .

Aku tumpukan pula pada hati .

Kerana hati ibarat ditarah tarah , aku lemparkan hati jauh dari perasaan . Perasaan tak mati , jantung masih lagi bernyawa . Jadinya aku pesankan , pada hati agar selalu memasangkan pagar tinggi sekelilingnya . Biar hati selalu berasa selamat dari ancaman .
Kerana perasaan selalu diugut , hati sentiasa beralah . Kali ini tidak lagi .

Cinta .
Entah betul entahkan tidak . Entah benar entahkan tidak . Aku belajar lagi satu hari , 'cinta' yang dibanggakan manusia .
Satu hari itu , kesemuanya aku tahu . 'Sayang sayang' yang meniti dalam suaranya , palsu .
Kerana masih lagi , dia mengatakan sayang dan rindu . Tapi palsu . Palsu belaka .
Ibaratnya jika kau menjanjikan pada ikan untuk dilepaskan sesudah kail mengena , diputar belit engkau menggulainya pula atas kuali .

Jadi , aku tutup pula kisah tentang cinta .



2015 . Mungkin banyak azam tahun ini . Banyak matlamat . Banyak impian .
Cuma aku sudah jatuh hati .
Maka niat tahun ini sudah terpasang .
Kelisa kuning beratap hitam itu , pasti akan aku usap satu hari nanti .

Kembali.



Jatuh.
Kabur, pudar. Aku pernah buta.
Sepertinya aku terlupa, pusingan roda dunia.
Aku tersadung, batu yang dituduh celaka.
Aku terluka, jalan yang dituduh palat.
Aku terjatuh, lubang yang dituduh bangsat.

Luka.
Ada parut, seolah aku sangat terluka.
Kononnya menunding, dikata salah semua.
Indah dunia seketika, aku perhatikan.
Aku alpa.
Tentang hukum karma, balasan dosa.
Aku lupa.

Patah.
Seiring satu langkah, aku mengumpul nafas.
Aku menghela.
Sesak dan lemas berasak dalam dada.
Kekuatan mereput, aku tertunduk.
Waktu ini hanya aku.
Cuma aku.

Sakit.
Seketul darah yang namanya Hati, bagai dicarik rakus.
Diam. Aku diam.
Membatukan diri.
Setitis. Setitis. Setitis.
Aku kesat pipi, lantai tetap basah.
Memeluk tubuh sendiri, paksa memujuk.

Tuhan.
Maafkan aku.
Kerana aku terleka menari atas jalan hitam.
Aku semakin jauh, pimpinlah aku kembali.
Aku merindui-Mu.
Bawalah aku pulang.


-arieyy awai 2013-

RAMADHAN

Assalamualaikum .

Ramadhan yang pertama, aku sambut jauh dari keluarga . Terasa jurang besar, banyak sangat perbezaan Ramadhan tahun ni dengan tahun sebelumnya .

Lepas sahur pagi tadi, sementara menunggu azan subuh aku dah terfikir juadah untuk berbuka puasa . Ayam golek, Nasi Soto, Mee Sup, Kebab Daging, Satay 30 cucuk, Jagung Panggang, Nasi Ayam, Air Sirap Tembikai, Air Kelapa Muda, Air Tebu, dan sewaktu dengannya . Bila aku sebut satu-satu ni mmg kompem korang dah terbayang bayang makanan tu kan ? Sabar, lagi beberapa jam jea dah nak buka puasa . Heheww ~



Tapi ada satu persoalan tiba-tiba datang terjun dalam benak fikiran aku (hiperbola) . Memang mati terkubur terus bayangan makanan tadi tu .

APA TUJUAN SEBENAR AKU BERPUASA ? APA PULA TUJUAN UTAMA KORANG SEMUA BERPUASA ?

Okay lah, aku tahu korang tahu semua pun tahu, puasa ni maksudnya menahan diri daripada makan dan minum atau melakukan perkara yg boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari . Itu yang paling simple laa kalau nak terangkan pada budak kecil .

Umumnya, kita memang menahan diri daripada makan dan minum sampailah mahgrib (waktu berbuka puasa) . Lagi beberapa minit nak berbuka mesti semua orang dah siap sedia kat meja makan, sambil pandang makanan atas meja kejap-kejap toleh kat jam . Dengar jea bunyi azan kelam-kabut baca doa makan doa buka puasa lepas tu makan sepuas puasnya . Iyelahh, dah satu hari tahan nafsu makan. dah dapat peluang memang rabak lah nafsu tu jadinya kann ? Hahaha .

Firman Allah yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.. (Surah Al-Baqarah : Ayat 183)

Siang hari masa puasa, kita kerap mengeluh penat, letih, lapar, haus dan sebagainya . Sampaikan ada yang sanggup ponteng puasa kerana tak tahan lapar . Korang faham maksud puasa, tapi adakah korang menghayatinya ?

Paling mudah lah, kita berpuasa, menahan lapar dan haus pada siang hari hanya untuk sebulan dalam setahun . Tiba waktu berbuka puasa kita boleh capai makanan telan tanpa kunyah sebanyak mana yang kita mahu sebab kita dah bebas nak makan waktu itu . Dan masih lagi AKAN mengeluh pada esok hari kerana lapar penat haus dahaga . Juadah untuk berbuka menimbun atas meja, bila tak habis jadinya membazir dan terbuang kat dalam tong sampah.

Pernah terfikir tak, makanan yang korang buang tu akan ada orang kutip sisanya hanya untuk mengalas perutnya, bukan untuk merasai kekenyangan ? Kita mengeluh kerana berlapar setengah hari, sedangkan ada orang yang sudah menanggung kelaparan berhari-hari namun tiada keluhan dari bibir yang terucap . Kita beruntung dapat berbuka dengan pelbagai jenis air yang dibeli, sedangkan ada orang yang membatalkan puasa hanya dengan air paip . Baru berpuasa sehari kita sudah menghitung hari bila akan berakhirnya Ramadhan, sedangkan bagi fakir miskin tiada bezanya Ramadhan dengan bulan yang lain.

Puasa mendidik kita supaya bersabar, menahan nafsu, dan juga merasai kepayahan dan kesusahan orang yang kurang bernasib baik . Puasa mengajar kita untuk melalui kelaparan yang dirasai oleh orang-orang miskin . Dalam kita menjalani ibadah puasa, masih ramai yang terlupa, masih ramai yang terleka. Ramai yang faham akan maksud puasa, tapi berapa ramai yang benar-benar menghayati bulan Ramadhan ? Renung-renungkan.