RAMADHAN

4:41:00 pm Siti Mariam 0 Comments

Assalamualaikum .

Ramadhan yang pertama, aku sambut jauh dari keluarga . Terasa jurang besar, banyak sangat perbezaan Ramadhan tahun ni dengan tahun sebelumnya .

Lepas sahur pagi tadi, sementara menunggu azan subuh aku dah terfikir juadah untuk berbuka puasa . Ayam golek, Nasi Soto, Mee Sup, Kebab Daging, Satay 30 cucuk, Jagung Panggang, Nasi Ayam, Air Sirap Tembikai, Air Kelapa Muda, Air Tebu, dan sewaktu dengannya . Bila aku sebut satu-satu ni mmg kompem korang dah terbayang bayang makanan tu kan ? Sabar, lagi beberapa jam jea dah nak buka puasa . Heheww ~



Tapi ada satu persoalan tiba-tiba datang terjun dalam benak fikiran aku (hiperbola) . Memang mati terkubur terus bayangan makanan tadi tu .

APA TUJUAN SEBENAR AKU BERPUASA ? APA PULA TUJUAN UTAMA KORANG SEMUA BERPUASA ?

Okay lah, aku tahu korang tahu semua pun tahu, puasa ni maksudnya menahan diri daripada makan dan minum atau melakukan perkara yg boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari . Itu yang paling simple laa kalau nak terangkan pada budak kecil .

Umumnya, kita memang menahan diri daripada makan dan minum sampailah mahgrib (waktu berbuka puasa) . Lagi beberapa minit nak berbuka mesti semua orang dah siap sedia kat meja makan, sambil pandang makanan atas meja kejap-kejap toleh kat jam . Dengar jea bunyi azan kelam-kabut baca doa makan doa buka puasa lepas tu makan sepuas puasnya . Iyelahh, dah satu hari tahan nafsu makan. dah dapat peluang memang rabak lah nafsu tu jadinya kann ? Hahaha .

Firman Allah yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.. (Surah Al-Baqarah : Ayat 183)

Siang hari masa puasa, kita kerap mengeluh penat, letih, lapar, haus dan sebagainya . Sampaikan ada yang sanggup ponteng puasa kerana tak tahan lapar . Korang faham maksud puasa, tapi adakah korang menghayatinya ?

Paling mudah lah, kita berpuasa, menahan lapar dan haus pada siang hari hanya untuk sebulan dalam setahun . Tiba waktu berbuka puasa kita boleh capai makanan telan tanpa kunyah sebanyak mana yang kita mahu sebab kita dah bebas nak makan waktu itu . Dan masih lagi AKAN mengeluh pada esok hari kerana lapar penat haus dahaga . Juadah untuk berbuka menimbun atas meja, bila tak habis jadinya membazir dan terbuang kat dalam tong sampah.

Pernah terfikir tak, makanan yang korang buang tu akan ada orang kutip sisanya hanya untuk mengalas perutnya, bukan untuk merasai kekenyangan ? Kita mengeluh kerana berlapar setengah hari, sedangkan ada orang yang sudah menanggung kelaparan berhari-hari namun tiada keluhan dari bibir yang terucap . Kita beruntung dapat berbuka dengan pelbagai jenis air yang dibeli, sedangkan ada orang yang membatalkan puasa hanya dengan air paip . Baru berpuasa sehari kita sudah menghitung hari bila akan berakhirnya Ramadhan, sedangkan bagi fakir miskin tiada bezanya Ramadhan dengan bulan yang lain.

Puasa mendidik kita supaya bersabar, menahan nafsu, dan juga merasai kepayahan dan kesusahan orang yang kurang bernasib baik . Puasa mengajar kita untuk melalui kelaparan yang dirasai oleh orang-orang miskin . Dalam kita menjalani ibadah puasa, masih ramai yang terlupa, masih ramai yang terleka. Ramai yang faham akan maksud puasa, tapi berapa ramai yang benar-benar menghayati bulan Ramadhan ? Renung-renungkan.