MIMPI ; mainan tidur atau petanda ?

12:45:00 pm Siti Mariam 0 Comments





Assalamualaikum .
Entry kali neh, aku terasa nak post tentang mimpi . Lately, aku selalu dapat mimpi pelik-ii . Ada sesetengah mimpi yang aku tak ingat . Ada pula mimpi yang buat aku susah nak terjaga dari tidur . Ada juga mimpi yang menyebabkan badan aku penat bila terbangun . Selalunya kalau aku mimpi pelik-ii tu memang aku tak peduli langsung . Tapi kadang-ii mimpi pelik tu buat aku resah jugak laa . Ada orang kata mimpi tu mainan tidur, ada juga yg cakap sebagai petanda sesuatu yg bakal terjadi .

Apapun, aku teringat pasal mimpi aku sebelum Abah sakit . Dalam mimpi aku, aku ada kuda putih . Cantik sangat kuda tu, besar . Kuda tu manja dengan aku . Tapi lepas tu ada orang dengki, diorang bunuh kuda tu . Okay, memang kuda tu mati and aku menangis gila-ii dalam mimpi aku tu . Ibaratnya aku sedang tangisi pemergian orang yg aku sayang, sbb aku rasa kuda tu mcm ahli keluarga aku . Tak lama lepas tu Abah sakit . Aku taknak kaitkan mimpi aku dengan situasi Abah yang sakit . Kalau nak bayangkan Abah sebagai kuda dalam mimpi aku, maksudnya Abah akan mati ? Adik aku pun ada mimpi sebelum Abah sakit . Dia mimpi gigi dia patah . Banyak kali jugak dia mimpi gigi dia patah . Ibu kata, kalau mimpi gigi patah maksudnya ada ahli keluarga yang akan meninggal . Adik aku lagi sorang, bukan pasal mimpi . Tapi tanda tahi lalat kat tangan dia . Orang yang ada tahi lalat kat lengan, tu petandanya satu hari nanti dia akan memangku mayat . Maksudnya ahli keluarga atau orang yg dia sayang akan mati . Aku taknak kaitkan semua petanda atau mimpi yg aku dah lalui tu dengan pemergian Abah aku . Aku anggap semua tu sebagai satu kepercayaan jea . Lagipun apa yang berlaku tu dah ketetapan Allah .

Aku pernah mimpi, aku kena santau . Memang masa tu aku tengah demam teruk, demam yang paling teruk aku pernah alami . Dalam mimpi aku tu, aku nampak bayangan diri aku sendiri terbaring lemah atas katil, tapi tangan aku kena ikat . Suasananya kelam sangat, kabur macam lampu dah malap . Aku nampak ramai orang kat sisi aku menangis . Lepas tu aku terdengar ada suara perempuan macam tengah menjampi, dalam bahasa siam . Memang aku tak faham lah kan . Tapi aku tak nampak perempuan tu, aku cuma dengar suara jea . Makin lama suara tu buat aku sakit dada, sesak nafas dan aku terus termuntah darah . Serentak tu, aku terus terbangun dari tidur, demam aku terus berlarutan sampai dua minggu . Ada orang yang pandai mengubat kata, aku neh ada benda yang ikut . Kes aku balik lalu kubur lama masa maghrib . Kiranya benda tu nak main-ii dengan aku sebab aku langgar tempat dia . Dari situ, aku sedar kalau kita mimpi buruk dan tak elok, itu semua kerja syaitan laknat . Na'uzubillah . . 

Macam mana pulak kalau kita mimpi tentang orang dah mati ? Bila kita mimpi pasal orang yang dah meninggal ni, ada banyak situasinya . Kalau dia datang pada kita dalam keadaan yang buruk, atau merayu minta tolong, maksudnya roh tu dalam kesusahan . Ada ramai kawan aku mengadu yg diorang mimpi tentang orang mati . Kebanyakannya mengadu yg diorang takut bila mimpi mcm tu . Wehh, nak takut apa ? Aku rasa kalau mcm tu kita patut doakan supaya rohnya aman, buat amal jariah dan niatkan atas nama si mati . Mudah-mudahan pahala yang kita peroleh dapat memberi manfaat kepada roh si mati . Sebaliknya, jika dalam mimpi kita si mati berada dalam keadaan yang elok, raut wajah bersih, itu petanda rohnya mendapat ketenangan . Kadang-ii bila kita mimpikan orang yg dah meninggal lebih-ii lagi si mati insan yg rapat dengan kita, kemungkinan rohnya rindu dengan kita . Bila termimpi tu, dia saja datang menjenguk . Ada lagi perkara berkaitan termimpikan org mati . Ibu bgtahu aku, salah satu petanda ajal kita semakin dekat ialah termimpikan ahli keluarga yang dah lama meninggal dunia . Cuma pendapat aku, kalau kita ada termimpi orang yg meninggal tu sedekahkanlah al-Fatihah . Semoga rohnya aman di sana . Aminn ~

Malam tadi aku mimpi, aku pakai baju labuh warna putih . Macam gaun pengantin, tapi tak kembang . Macam jubah, tapi ikut bentuk badan . Baju tu putih sangat, bersih langsung takde kotor . Dan baju tu kosong, takde satu pun corak atau sulaman atau manik yang dijahit . Aku tak ingat sangat, tapi yang aku tahu lepas tu aku lemas kat dalam laut . Mati kea tak, aku terjaga terus . Aku taktahu laa nak anggap mimpi ni pelik ke tak . Hahaa ~ Cuma apa yg buat aku musykil, apehal tiba-ii aku pakai baju putih ? Takde corak pulak tu . Selalunya orang kaitkan baju putih dengan kematian, atau kain kapan, ataupun perkara yang membawa kepada kekecewaan ; berputih mata . Tapi walau apapun, aku anggap semua tu sebagai mainan tidue jea . Kalau ada apa-ii yang berlaku pun itu hanya kebetulan . Pada Allah saja tempat aku berlindung dari segala malapetaka, mudah-mudahan perkara yang buruk dapat dijauhkan . Insyaallah :)

#Terlalu banyak kepercayaan karut yang dikaitkan dengan mimpi . Pada aku, takpayah laa terlalu berpegang sangat dengan semua tu, takut jadi khurafat . Perkara yang buruk tetap akan berlaku sebagai ujian untuk menguji iman kita .Sebaiknya berdoalah pada Allah, supaya kita diberi kekuatan untuk melalui dugaan . 

Mumm knows me the best :')

11:55:00 pm Siti Mariam 0 Comments

with my mumm <3

assalamualaikum :)
aku malas nak cerr panjang, just straight lahh .
lately aku rasa mcm hilang arah . if review post aku yg lepas tu maybe korang dpt faham lahh kenapa :p then apa pulak kaitan dgn mak aku ? okayy, baca sampai habis :D

minggu lepas aku balik rumah . aku cerita pasal nerd tu kat mak aku . apa yg berlaku, apa yg dia ckp . everything, aku cerita . okay, aku pun tak tahu laa kan kenapa aku boleh cerita semua kat mak aku pasal dia . before this kalau aku kawan dgn mana-ii laki pun aku tak ckp kat mak aku . bukan nya sbb aku nak berahsia, tidak . tapi sbb aku tak berminat nak suruh mak aku kenal kot ? haha ~
so konklusi nya, mak aku dah tahu pasal aku dgn dia . and it should be mmg mak aku perlu tahu apa yg terjadi antara aku dgn dia, kan ? lagipun masa tu mak aku tanya, "dia ada contact kaklong?"
hell, apa aku nak jawab ? -____- so ending nya aku cerita jea lahh . dia dah lepaskan aku . aku cerita A-Z kat mak aku . nasib baik aku dapat cover muka depan mak aku . mata tu dah bergenang, tp watlek lahh kan . HAHA ~ =='
then mak aku diam jea . aku expect mak aku nak membebel kat aku . nak ckp padan muka kat aku kea, or something like that =________________=''
mak aku diam jea . ehmm, aku tunggu juge lahh respon mak aku . tp mak aku cuma diam while staring at me . wuu ~ mcm dia tgh baca isi hati aku, huhu ~ then mak aku tukar topik . okay, nampak kan dia punya strategi kat situ ? LOL -.-'

aku ingat mak aku tak peduli langsung, so aku pun biar jea laa . sampai laa td, aku dpt text dari mak aku . sumpahh, aku macam nak nanges dah, huu ~ *tanpa sebarang edit dan gubahan*
''slm..anakku..ibu tau kamu amat kecewa dgn kata2 r***m kerana tak sangka kata2 yg d ucap sama sekali bkn yg d hrpkn dan pedih hati amat mndlm sbb ada hrpn bsr yg pernah kamu letakkan..ibu hrp jgn lg toleh ke blkg..
Biarkan ia brlalu sbb ada byk lg dugaan yg lbh hbt..itu hanya sbhagian nye sj..jgn lupa Allah dn tggungjwbmu..ibu sntiasa doakan utk ank2 ibu agar dilindungi dn dirahmati selalu..amin"

so ? huhh, firstly yg aku tertarik tu pada tatabahasa yg digunakan . ehmm, hahaha ~ sastera dia, fuhh . dah mcm wasiat pun ada jugak . haha . tp obviously mmg aku tahu lahh dari situ, she cares for me :) aku tak tahu nak reply apa kat mak aku . thanks to God, He gives me the best mumm who knows all the best :'3

#saya sayang mak saya :')

bleed the dream :D

2:38:00 am Siti Mariam 0 Comments


#firstly, assalamualaikum :D


okay, semua . aku na share pasal menatang yang aku baru beli nehh (merujuk pada gambar di atas) . yeahh, that's it is . band BLEED THE DREAM, a kind of screamo band kot . aku pun ta sure . kenapa aku beli, aku pun tatau . yg penting aku attracted kat cover dye xD
antara soundtrack yg ada ;-
#voices
#a killer inside
#you'll have to lie, to be honest
#vampires...don't kill for the $
#tell someone who cares
#stay the hell away


i was at the terminal waiting for my trip to back home . since i've got about two hours before the bus arrived, i decided to take a look around the top level . and i found a small cd premise . so, i walked into the premise and stared at some cd's .
the owner then greeted me ; iye dik, nak cari cd najwa latiff kea ? maher zain pun ade . kea, adek nak lagu inul ?
and i was like whatt the @%^**@^$#$ ?? HAHA
so i just said ; memphis may fire ade ta, bang ?
*muka dia masa nehh mmg ta payah ckp laa . terkejutt xD

kiranya, dipendekkan citer, aku dgn braderr toh berbual panjang pasal band-2 screamo neh . dye siap suggest band screamo yg voc pmpuan tp scream mcm suara laki . ta ingat pulak nama band toh --''
aku pun sempat jugak survey-2 pasal gigs underground kat batu pahat nehh . hehe ~ TAPI kann, yg spoil giler --' aku beli cd tp TA DE CD PLAYER -_______________-'' . yee, aku tau sengal gilerr ><
#dan moral nya, pastikan korang ade cd player sebelum beli cd xD

cuma kat sini aku na ingatkan pada peminat band hardcore or screamo or metalcore or sewaktu dgnnya yg ta sudah-2,, ta salah untuk kita minat lagu-2 macam neh . aku sendiri addicted dgn genre hardcore :) ASALKAN korang semua ta melampaui batas, ta terlalu taksub and ta membelangkangkan agama . kalau korang jd taksub smpai sanggup join persatuan kelab anti agama and bla bla bla, mcm tu mmg pengaruhnya jd buruk lahh -,- FAHAM KANN ?? :)

okay, renung-2 kan dan selamat beramal :D wassalam ~ 

when a hug means 'goodbye'

11:45:00 am Siti Mariam 0 Comments



assalamualaikum :)
seriously, i've lost all of my words before i get started typing -,-'
but, sokeyh . i'll just continue lahh ><'

okay, this post i dedicated to my best-hard-die-friend ; nur farhana mohd amin :) why ?
firstly, she's the one whose the most closest to me . i could say, she has been a part of my life for almost 10 years ;D
and second, we're about to separate away :( both of us are going to the different college . it means, no more time for us spending together for ages -,-'  *i lost my words again ><

this girl, i described as a cool person . admitting that i adore her, she's the person that i looking for when i wanna share something in my mind . she always knows when i come to her with a smile but instead i'm holding a broken heart pieces . she could detect if the 'big smile' i gave is fake or real . and i, myself couldn't hide any secret from her .
to me, she is my diary :)

i still remember the night i spent at her house . that time, i was in such a broken pieces . i was dumped and i'm totally lost . but, heyy . there's no any single of tears dropped from my eyes . coz i was confidently saying that i'll be just fine and i'm strong enough to face it . i told her that i'm okay :') what did she do then ?
with her smiley face, she pulled me gently closed to her . while holding my hands, she said, ''you know, it's actually okay if you feel insecure and cry on one's shoulder . you don't have to be so strong for your heart by this time . no need to say that you're okay . i know what your heart like, it's actually soft instead of people look at it like a stone . it's okay, let it all out :)"
and i was like ; okay, lend me your shoulder please :'( #haha
i do remember her words when i was such in misery that time ; mariam, i wonder how you gonna stay alone without me ?  . . .

well, i don't know, girl . i can't say a word for that . how am i gonna stay alone without you ? well, babe . i don't have any idea :p but i'm sure, i'll be just fine . i promise, that i'll stop crying my heart out . there'is no other girlfriend being the same like you :) we have been together since 8 years ago, so i'm expecting that you'll listen when my heart speaks out to you :)
wishing you the best for your future :)

#when a hug for you means 'goodbye', i swear there'll be no teardrops :)

0 comments:

my superbebs :D

3:51:00 am Siti Mariam 0 Comments


assalamualaikum :)
hmm, dah berhabuk blog aq neh hah xD lame gler ta update . sorry meyh, busy ;p

btw, kali neh aq nak story pasal someone special dlm hidup aq (one of the special among the special-ss laa) #ape laa seyh xD
nama dia ; muhammad adli zainuddin bin zulkifli #mcm neh kea eja nama kao, angah ? ><''
maaf lahh, aq ta ingat sangat derr -,-' okay, dye neh superman aq <3
why aq kata dye 'superman' aq ? hehe :p

ooppss, dye bkn boyfie aq . TIDAK SAMA SEKALI =,='
he's my 'angah', the guy who always protects me :) seriously, aq sayangg abang aq yg seko neh . perangai mmg terjal, tp dgn aq dye gentle wehh #almaklumlah, adek tersayangg lahh kate kan xp
kitorang mmg rapat since sekolah rendah . kalau member dye gado dgn aq, of course lahh kann, dye back-up aq xP . dye ta kesah gado dgn member dye asalkan dpt back-up aq ;') #fehh, terharu aq, ngah x'P
tp masa 2007 dye dah pindah . and now dah 6tahun ta jumpa sehh . plan punya plan, akhirnye kitorang dpt jugak jumpa ;3 #8thMay2012, i won't forget this meaningful date :')

mula-2 jumpa toh ade laa segan ckeyt, haha . tinggi dye dah laa melambung ><'
#aq neh paras bahu dye jea sehh TT
time g karaoke, aq teringat nak nyanyikan lagu kitorang (aq, adli, farhana) masa skolah rendah dulu ; kenangan terindah - samsons
mamat toh dah terharu, konon laa nak cover . haha :D

pixc kat atas toh, rantai yg dye pakai . . dye bg kat aq . and now, aq pakai rantai toh :) #tp tajam laa siot, abes calar-balar leher aq xC
honestly, aq sayang gler duorang neh ; nur farhana bt mohd amin FT muhammad adli zainuddin bin zulkifli

# untuk korang berdua ; aq minta maaf atas segala salah faham yang pernah aq timbulkan . aq tahu, kadang-2 annoying jugak aq neh . aq pun sedar, betapa penyabarnye korang nak layan karenah aq yg manje ft mengade-2 neh . haha . well, adek mesti aa manje kann ? xD
lastly, aq sayangg korang !!

momm, please :'(

8:37:00 pm Siti Mariam 0 Comments

#assalamualaikum .
i'm really out of my mood, so i'm gonna make it shorter .

just now, mak aku suruh amek lesen kereta . okay, fine . i really want to, but not now :(
bulan neh gaji aku memang aku dah plan nak bayar something, tp aku ta buley bgtau . . erghh, what a pain -,-'
aku dah kata, mmg aku nak amek but later laa . bukan nya aku ta na amek langsung, please laa faham :( how am i goin' to explain to her ? X'C
i really need this money T~T
hell, mmg banyak pengorbanan yg aku kena buat :(
tulis panjang-2 pun ta guna . bye .

#and of course, korang pun ta paham . kann ?


cerita budak hingusan - part I

5:53:00 pm Siti Mariam 0 Comments

*woot woot :)
since aku dah habes sch neh, TER-rindu zaman kecik aku . well, banyak laa dugaan yang aku hadapi untuk mengUP-grade ke alam sekolah rendah . hehe . okeh, start dari aku tadika (if aku ingat lagi laa) xD

aku ingat lagi, first time aku masuk tadika . masa tu umur 5tahun . oleh sebab aku suka tunjuk rajin depan cikgu, cikgu pun sayangg aku lebih *kaki bodek jugak aku neh* -,-
then, aku jd pembuli . pendengki pun aku rasa macam ye . huu ~ every single thing of other kids do, if they blow up my anger then i just gonna tell the teacher so that they'll be punished . ehee . *jahat betul -,-*
tp tu semua ta lama . lama-2 aku fikir, if aku langsi dgn orang nanti orang langsi dgn aku balik . so, aku pilih untuk 'putihkan' hati aku neh . haha ~ perangai aku yang suka menjahanam kan orang ta dpt bertahan bila aku melangkah ke kelas darjah 1 .
haah, time neh bertemu buku dgn ruas . aku jumpa lawan aku . bukan laa seorang yang berbadan sasa or terer gaduh . *budak toh kecik pendek jea* . cikgu sayangg dye laaaagiii lebih sebab dye budak paling pandai dlm kelas .
then, mungkin hukum karma bg aku . what goes around comes around laa kan .
aku dibuli . *uhh, bukan secara fizikal yaa . tp mental* . hampir gila jugak laa .
paling aku ta boleh lupa, ada sorang geng dye ludah atas meja aku then kata "wehh, aku nak kao lap guna tangan kao'' . amboii ~ saat toh mang ta terasa ada kesabaran dah . aku ta sedar, lima jari aku neh dah hinggap kat pipi budak toh . huahaahaa ~ *kes neh berlaku masa aku drjah 2*

ahaa ~ well, there's a lesson i've learned :- buat baik berpada pada . kalau baik sangat nanti kena pijak kepala :)

*to be continued*

0 comments:

you :)

3:08:00 am Siti Mariam 0 Comments


everybody starts their moving, with their own ways to go
while you were still standing; confusing stuck in crowd
nobody seems to cares, none of them noticed you
they were looking at you like the fading ashes
-invisible
you deeply sigh as the world seem to blur your view
you lost and insecure, alone in the path
tears flow then your heart is scratched inside
-hurtful pains
the lip curved a smile but the truth; it was bleeding
it hurts but you keep saying ‘it’s okay’
because of the blame that goes around you
people turn their visions to blind yet the nonsense seen
the truth has been no matter once you are nothing
you may cry;
as the sky is about to fall since the cloud turned grey
or as the ground you stand on is going to collapse
but the only path you take is move on
act like you were happy before and after
-it’s all lie
when it needs you to face the world alone
instead of running, you make your steps ahead
you showed ‘the world without trust’ is better
but in deep, you wished for someone like no others
you tired with all the wrong doings in your life
the parts where you hate it so much you cut it off
there was nothing left in your memories
-it’s gone
yesterday, you were hurt
now, you are crying
and then, you laugh and smile to get your world better
-fixed heart

0 comments:

i do remember :)

1:49:00 am Siti Mariam 0 Comments


izzatul hidayah ahmad, tu laa nama penuh kao .
selama aku kawan dgn kao, aku tahu kao banyak pendam . segala rasa sakit, pedih, kao cuma pendam jea . benda yg aku ta puas hati, kao suka senyum depan aku bila kao ada masalah . mcm laa aku neh buta, ape laa -,-
masa sekolah menengah, aku dgn kao dah mcm belangkas . time silat pun berkepit dua orang jea . sampai cikgu wan pun cakap aku dgn kao ta boleh na dipisahkan . haha ~
tp, tatao laa . setiap kesabaran ada batas . manusia pun ada had jugak . satu hari tu, tiba-2 kao ta layan aku mcm biasa . aku ingat kao bad mood, aku pun biar jea . but then, makin lama aku biarkan makin lama kao ignore aku . aku tegur, kao buad dek . aku panggil, kao ta toleh . aku lalu, lagi laa kao ta pandang . pelik =,= aku ada buad salah kea ?
lama-2, aku menyampah bila kao buad aku mcm tu . tambah pulak, najwa dah tolong nak baik kan aku dgn kao . tp kao ada alasan kao sendiri, alasan yg mampu buad aku buang kao jauh dari hidup aku . since then, kao dgn aku ta mcm dulu . bila selisih, ta pandang muka . senang kata, memang kita ta pernah kenal laa ibarat nye . dasat -,-

tapi aku tau . apa yg kao buad, ada sebab sendiri . mungkin kao rasa aku ta paham situasi yg kao alami sampai kao terpaksa buad aku benci kao . atau mungkin jugak aku ta paham knp kao nak aku benci kao . . *err, merepek apa aku nehh =,=''
aku tatao laa, kadang-2 aku na tegur kao . aku selalu nampak kao post status . rasa nak like, tp . haha, ta pe laa . mungkin lebih baik, aku dgn kao kekal mcm neh :)

yang penting, aku tetap anggap kao sebagai kawan baik aku . tak pernah berubah pun, sama ada kao masih ignore aku ataupun tidak . dan aku tetap akan ingat, kao antara memori terindah yang aku ada :)

0 comments:

the most stupid :D

2:29:00 pm Siti Mariam 0 Comments


my mind is out of thought
it's been ages since the last time i hurt
i saw you and her :)
and i keep smiling infrontof this screen :)
hahha, what a stupid :)

memories ambushed straightly into my head
your words ; i cant fade it away
the blame is set on but i cant put it on you
coz you've hurt too much . . because of me
still stupid :)

stupid, and stupid, and stupid
that's all my heart can say
i shouldnt let you step away
hell, i am too late behind the moment

the most stupid things
i fall for you when you found somebody else :)

#icantstopsmilingwhenthinkingofmystupidity ;D

0 comments:

this heart is off

3:53:00 am Siti Mariam 0 Comments


I had lost before I get to know you
I fought for this pain alone
I have no one to trust, neither myself
I turned my heart ‘off’, so that there’ll be no tear to shed of
but the scars ain’t stop bleeding
for ages, I’ve been trapped in a dark scene . hell – it’s all I can tell about
I can’t remember how to miss someone
all that I ever know is just a damn story ; a lie
you can’t imagine what I’ve been through by myself
crying out calling a name while his steps getting far
you don’t know how much I’d been hurt just to get away
I’ve crawled out of the misery  by myself ;
my heart is the price for the sacrifices I make
too much countless hopes for this life
too much countless tears for this love
the beats getting slower coz’ my heart is fragile
now i've learned all the lessons
so if you ever thought that I’m heartless
I’m okay with that :)

#ihatewhenthereisspaceinmyheart </3

0 comments:

memori kita ;)

5:48:00 pm Siti Mariam 0 Comments


azihan . .
tu je nama awak yang saya tahu . even kita dah kawan sejak kecik . .hehe ~
masa saya umur 5 tahun saya selalu balik kampung . awak dengan jiran-2 kat kampung suka main bola sepak kat padang depan rumah atok saya . saya selalu duduk depan pintu, tengok awak semua main bola . saya nak join sekali, tapi mak saya tak bagi . so saya duduk jelaa, buat muka sedih . haha .

macam mana kita boleh jd geng ek ?
ou, yaa . ada satu petang tu awak semua tgh main bola mcm biasa . saya nak pergi kedai, sape ntah yg sepak bola kat saya . saya tendang balik . haha, jauh jugak saya tendang sampai semua tak dapat kejar . lepas tu saya lari pergi kedai, balik tu saya tengok awak semua tgh berkumpul . bila saya lalu, awak ajak saya main bola sekali . awak tahu tak, saya happy giler masa tu :)

sejak tu kita rapat . .
setiap kali saya balik kampung, mesti awak ada kat padang . huhu . kadang-2 kalau abang saya ada, kita main ramai-2 kat padang . kalau main kejar-2, semua orang banyak kali mengalah dgn saya . . sebab saya 'adik' kann ? haha ~
awak ingat lagi tak, masa kecik-2 dulu awak suka ajak saya join main baling selipar . lepas tu memang masing-2 sakit badan sebab kena libas dgn selipar . huu ~

tapi lepas tu kita terpisah . .
bila saya dah sekolah rendah, saya dah jarang balik kampung . bila balik pun, dah tak jumpa awak . masa raya pulak awak balik Kelantan . kita dah tak rapat lagi . lepas arwah tok abah saya meninggal dunia tahun 2005, tok mak saya pindah rumah . dia stay dgn maklong saya . sejak tu saya dah tak balik kampung lagi, saya cuma pergi rumah maklong saya . lama-2 saya lupa pasal kampung . .

mac 2010 :)
bulan mac masa tu, saya balik kampung sebab maklong saya nak buat rumah kat padang yang kita selalu main bola tu . awak pulak dah pindah rumah, depan rumah tok mak saya . hee ~ saya ada nampak awak, tp malu nak tegur sbb kita masing-2 dah besar . jd, saya cuma tegur awak dalam hati . .

awak panggil saya, tapi saya tak toleh . .
masa tu dah petang, duduk kejap kat depan pintu . awak pulak tgh lepak dgn kawan-2 kat dpn rumah, betul-2 menghadap saya . saya tgh main ncet masa tu, tiba-2 dgr ada orang panggil nama saya . saya pndang kanan kiri, takde orang pun . saya buat dek, lepas tu ada lagi yang panggil . . err, saya dah seram sbb masa tu dah nak maghrib . saya tak pandang awak, takkan laa awak yg panggil . kita tak jumpa dekat 10 tahun, saya agak laa awak tak ingat saya lagi . saya tak tunggu lama, saya terus masuk rumah .

suara awak sejukkan hati saya . .
cuti sekolah awal bulan jun, saya balik kampung lagi . saya ingat lg, malam tu mood saya hilang sebab gaduh dgn boyfie . yaa, ada orang kata dia ada perempuan lain . cerita betul :- dia couple dgn saya masa dia dah ada gurlfie . fakta :- saya cuma skandal dia .
saya duduk depan rumah, tgh sakit hati laa kot . tiba-2 nampak awak main gitar dpn rumah . saya dgr awak nyanyi lagu 'kau ilhamku' . saya tersenyum . tanpa saya sedar, saya ikut awak nyanyi slow-2 . . awak senyum kat saya, saya jadi malu . terus masuk rumah, huu ~

bila ketawa, ada yang menangis . .
esok pg, mood saya ok sikit . abang saya ajak main PS2 . tgh kecoh-2 main PS2 tiba-2 dengar ada org bg salam kat rumah awak . kitorang yg tgh main PS2 neh terus pasang telinga . saya tak faham apa yg org tu ckp sbb tak dengar sangat . abg saya pulak jenguk kat luar, nak tahu apa jadi . dia tanya orang tu . bila dia masuk, saya tanya kenapa . dia cuma jawab, ''azihan meninggal, accident'' . .

saya menangis sebab awak . .
abang saya cakap, awak ada bgtahu dia . masa saya balik cuti sekolah bulan mac tu, awak ada panggil saya tp saya buat selamba . saya cakap, takkan laa awak masih ingat saya . abang kata, awak masih ingat saya . awk selalu berbual dgn abg pasal saya . awak selalu tanya abg, bila saya nak balik kampung lagi . saya terkedu . . awak masih ingat saya lagi ? tp knp awak cuma panggil saya dr jauh ? knp bila awak nampak saya awak cuma pandang, tp tak tegur ? air mata saya mengalir tanpa saya sedar . .

maafkan saya, azihan . .
kalau awak tegur saya nanti, saya akan toleh . bila awak senyum, saya akan senyum balik kat awak . masa awak main gitar, biar saya yang menyanyi . ada masa nanti kita main bola sama-2 kat padang, tak pun main baling selipar mcm masa kecik-2 dulu . huhu ~
semua ni dah terlewat untuk saya . . awak dah pergi . . susah payah saya terima pemergian awak, masa yang sama jugak saya break off dgn boyfie .
pedih, memang pedih . nak taknak, saya mesti hadapi jugak kan ? sampai sekarang saya masih menyesal, sbb tak toleh masa awak panggil saya . maafkan saya . .

walaupun awak dah pergi dari sini, awak tetap ada dalam hati saya . saya harap macam tu jugak dgn awak . janji yang awak akan toleh bila saya panggil awak, ye ?

traumatic tragedy

5:58:00 pm Siti Mariam 0 Comments

4th January 2012



it's a cold night, yet i didn't felt any weird thought
it just my heart that beatin' faster than before
my sister wanna go to the stationery shop
she has to photostat some documents for her preparation this monday
*she gonna study at SMK Teknik, melaka tengah (something like that laa)
and then we also dropped by at the 'pasar malam' that was held every Wednesday night
by that time, i started to feel something wrong
i thought, we shouldn't went out and stepped into the crowd
so then, we made our move


the tragedy is written when i decided to make a u-turn near the corner
well, it was dark and no lights at all
but i'm definitely able to see if there is any car comes toward me

'its a destiny'
i was shocked by a loud sound
an 'exploded' then was heard, that when i was looking back
my view turned blur . i didn't remember so clear but every side getting dark
yet, i'm so lucky
the car has damaged my motorcycle so bad
but i'm alive with the second-life chance

-nothing much than a thankful tears-

0 comments: