Kembali.

4:26:00 am Siti Mariam 0 Comments



Jatuh.
Kabur, pudar. Aku pernah buta.
Sepertinya aku terlupa, pusingan roda dunia.
Aku tersadung, batu yang dituduh celaka.
Aku terluka, jalan yang dituduh palat.
Aku terjatuh, lubang yang dituduh bangsat.

Luka.
Ada parut, seolah aku sangat terluka.
Kononnya menunding, dikata salah semua.
Indah dunia seketika, aku perhatikan.
Aku alpa.
Tentang hukum karma, balasan dosa.
Aku lupa.

Patah.
Seiring satu langkah, aku mengumpul nafas.
Aku menghela.
Sesak dan lemas berasak dalam dada.
Kekuatan mereput, aku tertunduk.
Waktu ini hanya aku.
Cuma aku.

Sakit.
Seketul darah yang namanya Hati, bagai dicarik rakus.
Diam. Aku diam.
Membatukan diri.
Setitis. Setitis. Setitis.
Aku kesat pipi, lantai tetap basah.
Memeluk tubuh sendiri, paksa memujuk.

Tuhan.
Maafkan aku.
Kerana aku terleka menari atas jalan hitam.
Aku semakin jauh, pimpinlah aku kembali.
Aku merindui-Mu.
Bawalah aku pulang.


-arieyy awai 2013-